Pengenalan Pusat Islam

pusat islam

FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN PUSAT ISLAM

Fungsi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  • Merancang, mengawal, dan melaksana dasar-dasar pentadbiran
  • Menyelaras perancangan dan pengurusan sumber manusia serta sistem fail, mengawal dan menyelenggara peralatan, keselamatan Pusat Islam dari kebakaran dan kecurian/pencerobohan serta kebersihan pejabat dan kawasan sekeliling
  • Merancang, mengawal dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan peruntukan kewangan Pusat Islam
  • Penyelaras perancangan dan pelaksanaan Aktviti Pusat Islam

Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid, Dakwah dan Kebajikan

  • Bertanggungjawab kepada pengurusan pentadbiran dan pengimarahan Masjid Sultan Badlishah dan Masjid Al- Imam As-Syafi’I UUM
  • Merancang, mengurus serta  melaksanakan program-program dakwah untuk pelajar-pelajar dalam negara dan antarabangsa serta kakitangan
  • Mengurus zakat, sedeqah dan bantuan kewangan kepada warga kampus serta masyarakat luar yang memerlukan

Fungsi Bahagian Modal Insan

  • Merancang program latihan kerohanian yang berterusan kepada warga kampus
  • Menyediakan pendidikan KAFA dan KBA kepada anak-anak kakitangan
  • Merancang aktiviti kerohanian kepada warga kampus
  • Merancang program sambutan hari kebesaran Islam kepada warga kampus dan masyarakat luar
  • Menjalankan penyelidikan berkaitan Islam dan program-program kerohanian di kampus
  • Menjalankan perundingan kerohanian kepada warga kampus
  • Mengumpul bahan dan menerbitkan buku, pamphlet, artikel, risalah, video dan sebagainya bagi tujuan penyebaran ilmu Islam secara global dan merentasi sempadan bangsa serta agama.
uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim