Info PALAPES

Roslan Hussini
Lt. Kol. Roslan Hussin
Ketua Jurulatih
Lt. Kol. Roslan Hussin Ketua Jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Tel:
Email:

 

  1. Bertanggungjawab dalam segala aspek latihan dan pentadbiran Pegawai Kadet di semua peringkat iaitu Peringkat Senior, Intermediate dan Junior PALAPES UUM. Bertanggungjawab dengan Ketua Cawangan Latih dalam merancang Latihan Pegawai Kadet.
  2. ASPEK LATIHAN
    1. Latihan Pegawai Kadet
      1. Menentukan Latihan Pegawai Kadet mengikut peringkat masing-masing berpandukan Sukatan Pelajaran Latihan yang telah ditetapkan mengikut Arahan No.9 seperti yang digariskan mengikut peringkat masing-masing.
      2. Merancang dan mengubah suai ketiga-tiga bentuk latihan mengikut keadaan. Panduan kadar latihan mestilah sekurang-kurangnya seperti berikut: 
        1. Latihan Tempatan
          • Dua hari dalam seminggu (hari Jumaat dan Sabtu) mula jam 0700 hingga 1800.
        2.  Latihan Lanjutan
          • Latihan ini adalah latihan berterusan melebihi 72 jam selama 1 minggu yang merangkumi perkara-perkara yang tidak dapat dipenuhi dalam Latihan Tempatan dan dilaksanakan bersesuaian dengan cuti penuntut
        3. Latihan Kem Tahunan
          • Diadakan sekali dalam masa setahun selama 15 hari berturut-turut. Biasanya dilaksanakan dalam masa cuti panjang universiti.
      3. Menentukan semua mata pelajaran di tiap-tiap peringkat dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
      4. Menentukan Jurulatih Kanan mengadakan ujian-ujian amali dan lisan dalam bidang ketenteraan di setiap peringkat. Ini perlu dilaksanakan dari masa ke masa untuk menilai pencapaian Pegawai Kadet.
      5. Menentukan persiapan dari segi tinjauan, keselamatan dan pentadbiran dilaksanakan dengan teliti oleh tiap-tiap Jurulatih Kanan sebelum satu-satu latihan luar diadakan.
        • Bertanggungjawab menentukan semua Pegawai Kadet, PTT Kanan dan Staf Cawangan Latihan mematuhi tatasusila ketenteraan berikut:
          1. Menjalankan tugas dengan cergas, mengikut peraturan dan adil.
          2. Sentiasa mempamerkan tatatertib dan disiplin tentera yang terpuji.
          3. Sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada semasa latihan dijalankan.
        • Latihan Pegawai Kadet
          • Menentukan tiap-tiap Jurulatih Kanan mengadakan latihan ke atas jurulatih-jurulatih supaya mahir dalam pelajaran yang akan disampaikan oleh jurulatih tersebut. Latihan ini hendaklah dirancang di Markas atau di kawasan latihan. Ianya dilaksanakan sama ada secara berkelompok di Markas atau di kawasan latihan. Ianya dilaksanakan sama ada secara berkelompok atau sistem Hari Ulang Kaji mengikut jurulatih peringkat masing-masing.
          • Di samping itu perlulah menentukan segala ujian/latihan ketenteraan berikut dipatuhi:
            • Menembak SLTT
            • UKKI
            • UKA
            • UJL
        • Latihan Platun Demo
          • Latihan mereka hendaklah dirancang mengikut keperluan latihan hujung minggu Pegawai Kadet.
        • ASPEK PENTADBIRAN
          • Pentadbiran Pegawai Kadet
        • Menentukan tiap-tiap Jurulatih Kanan mengadakan latihan Menentukan perkara-perkara bersabit elaun, pembayaran hutang dan menguruskan pakaian kadet dititikberatkan oleh setiap Jurulatih Kanan.
        • Menentukan nota pelajaran diedarkan kepada Pegawai Kadet sebelum atau sesudah satu-satu mata pelajaran disampaikan, jika perlu
        • Memajukan keputusan peperiksaan Pegawai Kadet di setiap semester ke Markas PALAPES UUM sebelum dimajukan ke pihak universiti.
uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim