Pengenalan Jabatan Keselamatan

Jabatan Keselamatan telah ditubuhkan pada bulan Jun 1984, iaitu lebih kurang sebulan sebelum kampus sementara Universiti Utara Malaysia di Bandar Baru Darulaman, Jitra menerima masuk seramai 336 orang pelajar perintisnya.

Bermula dengan hanya 2 orang pegawai dan 21 orang anggota, Jabatan Keselamatan kini dianggotai oleh 5 orang pegawai, 13 anggota berpangkat rendah, 61 Pengawal Keselamatan dan 4 orang staf awam.  Majoriti dari mereka adalah bekas pegawai/anggota Pasukan Tentera yang berpengalaman dan Pengarah Keselamatan sendiri adalah bekas pegawai kanan polis berpangkat Penolong Penguasa Polis, ketika itu.

Pembesaran jabatan ini adalah selaras dengan peningkatan populasi pelajar yang kini menjangkau angka 20,000 orang.   Selain tambahan pegawai dan anggota, Jabatan Keselamatan juga, pada 10 Februari 2004, telah diperuntukkan sebuah bangunan khas sebagai pejabat.   Bangunan 2 tingkat yang menelan belanja RM 1.6 juta tersebut terletak di sebelah kiri Pintu Masuk Utama.

Menjelang akhir tahun 2004, Jabatan Keselamatan akan pula dianugerah dengan Sistem Kawalan Elektronik.  Penambahbaikan sistem ini bertujuan untuk mengecilkan bilangan anggota di masa-masa akan datang.

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim