Pengarah Canselori

Ahmad-Rasidi-B-Abdullah










Kata Alu-Aluan Pengarah Canselori

Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Canselori

Para pengguna yang dihormati,

Bagi pihak Jabatan Canselori, saya ingin mengalu-alukan para pengguna yang melayari laman web Jabatan Canselori. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan transformasi budaya kerja yang amat bergantung kepada peralatan komputer dan telekomunikasi untuk menjaringkan maklumat dengan pantas, laman web Jabatan Canselori dibangunkan bagi memenuhi keperluan mengakses maklumat berkaitan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebagai makluman, pembangunan laman web Jabatan Canselori merupakan sebahagian daripada pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem penyampaian perkhidmatannya. Untuk menjadikan sebuah universiti pengurusan yang terkemuka maka penyaluran maklumat hendaklah dapat disampaikan dengan pantas, tepat dan berkesan pada masanya.

Laman web Jabatan Canselori ini juga sebahagian daripada usaha mendokong usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan hasrat kerajaan Malaysia supaya dapat mewujudkan laman web yang bermaklumat dalam sistem penyampaian berkesan untuk agensi perkhidmatan awam.

Saya berharap agar laman web Jabatan Canselori menjadi penyalur maklumat utama yang dapat membantu menyampaikan maklumat, berita, aktiviti, program yang terkini supaya dapat dimanfaatkan oleh pelajar, staf, masyarakat sekitar dan seluruh masyarakat dunia yang melayarinya. Ia menjadi suatu medium yang pantas untuk berinteraksi terutamanya dalam menyalurkan maklumat yang lebih jelas mengenai perkembangan universiti, hal-hal perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti berlaku di UUM.

Laman web Jabatan Canselori juga berfungsi sebagai salah satu saluran untuk menerima maklumat dengan cepat dan berkesan. Para pengguna dialu-alukan untuk memberi pelbagai input melalui borang maklum balas melalui aplikasi email, dan juga media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain aplikasi secara dalam talian. Idea dan aduan yang disampaikan melalui saluran yang betul dapat dimanfaatkan untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan. Peningkatan dari segi kualiti perkhidmatan dapat membantu universiti mencapai misi dan visi yang ditetapkan.

Akhir kata, diharap para pengguna mendapat manfaat dengan melayari laman web Jabatan Canselori. Sebarang maklum balas amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.
En. Ahmad Rasidi B Abdullah
Pengarah
Jabatan Canselori
Tel: 04-928 3006
rasidi@uum.edu.my


uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim