FAQ

1. Jabatan saya akan menganjurkan program/acara rasmi universiti. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan cenderamata untuk VVIP?
Surat rasmi perlu dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Canselori selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum program berlansung. Status kelulusan boleh disemak dengan menghubungi Pn. Jamilah Jusoh di talian 04 928 3083.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon khidmat jurufoto/media/hebahan Canselori bagi tujuan fotografi majlis rasmi anjuran Jabatan saya?
Tuan/Puan perlu mengemukakan surat rasmi kepada Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Canselori selewat-lewatnya tujuh hari bekerja.

3. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya ingin berurusan dengan Universiti Utara Malaysia?
Tuan/Puan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Canselori di talian 04 928 3039/3040/3041/ faks ke 04 928 3016/3053 atau mengemukakan surat rasmi ke alamat :

Pengarah
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah

4. Apakah maksud Pengauditan?
Pengauditan adalah suatu proses mengumpul, memeriksa, mengkaji dan menilai penyata kewangan, rekod, dokumen, sistem, serta pentadbiran sesuatu jabatan berdasarkan pematuhan kepada tatacara kewangan dan perakaunan, polisi pengurusan, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa dan melaporkan penemuan audit di dalam Laporan Audit.

5. Apakah pengauditan yang dijalankan oleh Unit Audit Dalam, Universiti Utara Malaysia?
a) Pengauditan Pengurusan Kewangan
Pengauditan Pengurusan Kewangan dilaksanakan bertujuan untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Pusat Tanggungjawab Universiti Utara Malaysia adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

b) Pengauditan Prestasi
Pengauditan Prestasi dijalankan bertujuan untuk menilai sama ada program dan aktiviti di Pusat Tanggungjawab Universiti Utara Malaysia telah dilaksanakan dengan   cekap, berkesan dan mencapai matlamatnya.

6. Apakah isi kandungan Laporan Audit ?
Laporan Audit yang disediakan oleh Unit Audit Dalam mengandungi rumusan     penemuan-penemuan audit, tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan yang telah dan yang belum diambil oleh pihak yang ditentukan.

7. Kepada siapa Laporan Audit dibentangkan?
Laporan Audit dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa   Audit UUM dan dilaporkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Utara Malayia.

8. Apakah tujuan pelaksanaan Pengauditan Kendiri Pengurusan Kewangan di Pusat Tanggungjawab Universiti Utara Malaysia?
Pelaksanaan Pengauditan Kendiri Pengurusan Kewangan di Pusat Tanggungjawab Universiti Utara Malaysia adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran PTJ terhadap pematuhan kepada peraturan berkaitan pengurusan kewangan. Unit Audit Dalam telah menyediakan Self Audit Questionaires dan diedarkan kepada semua PTJ untuk membolehkan PTJ menilai sendiri pematuhan mereka terhadap peraturan berkaitan pengurusan kewangan.

9. Apakah elemen yang akan diperiksa oleh pihak audit semasa pengauditan pengurusan kewangan di PTJ. 
Elemen pengurusan kewangan yang akan diperiksa oleh pihak audit semasa pengauditan pengurusan kewangan di PTJ merangkumi perkara berikut:
a)    Kawalan Pengurusan – perkara berkaitan dengan pengurusan umum PTJ seperti organisasi, bilangan perjawatan, latihan staf dan sebagainya.
b)    Kawalan Bajet-  perkara-perkara berkaitan bajet seperti jumlah peruntukan diterima, peruntukan dibelanjakan dan prestasi perbelanjaan PTJ.
c)    Kawalan Terimaan  - untuk PTJ yang mempunyai terimaan secara tunai sahaja seperti jenis terimaan, jumlah kutipan, Buku Tunai dan prestasi penghantaran wang ke Jabatan Bendahari.
d)    Kawalan Perbelanjaan – perkara-perkara berkaitan perbelanjaan  PTJ seperti Peti Panjar Wang Runcit, perolehan secara terus, perolehan secara sebutharga dan sebagainya.
e)    Kawalan Akaun Amanah – perkara-perkara berkaitan akaun amanah yang wujud di PTJ seperti Arahan Amanah, prestasi perbelanjaan akaun amanah dan sebagainya.
f)     Kawalan Aset Dan Inventori -  Perkara-perkara berkaitan aset dan inventori di PTJ seperti kewujudannya, keadaannya, pelabelan, Rekod Pemeriksaan Pegawai Pemeriksa Aset dan sebagainya.   
g)    Kawalan Stor – perkara-perkara seperti keadaan stor, Kad Stok, Borang Pengeluaran Barang, Rekod Pemeriksaan Stor dan Verifikasi Stor.

10. Apakah dokumen penubuhan Universiti Utara Malaysia?
Perintah Universiti Utara Malaysia (Perbadanan) 1984.   [P.U.(A) 47 1984]

11.  Apakah Perlembagaan Universiti Utara Malaysia?
Perlembagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah undang-undang subsidiari yang dibuat dengan perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dibuat berdasarkan “template” jadual Pertama AUKU. Ia mengandungi maklumat tentang struktur tadbir urus, pentadbiran dan pengurusan universiti.
                  
12. Apakah perbezaan antara statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan.
Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan adalah undang-undang subsidiari yang boleh dibuat oleh Universiti di bawah Perlembagaan UUM:- (a) statut dibuat oleh Canselor di bawah seksyen 30 Perlembagaan UUM bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam seksyen 29 Perlembagaan UUM; (b) kaedah-kaedah dibuat oleh Lembaga Pengarah Universiti (Lembaga) di bawah seksyen 32 Perlembagaan UUM bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam seksyen 31 Perlembagaan UUM; dan (c) peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 33 Perlembagaan UUM oleh Lembaga, senat atau mana-mana pihak berkuasa.
                  
13. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya Pusat Tanggungjawab (PTJ) menerima saman dan notis tuntutan daripada mana-mana pihak berbangkit daripada tugas rasminya?
PTJ perlu mengemukakan salinan saman dan notis tuntutan kepada Penasihat Undang-Undang dengan SEGERA beserta dengan latar belakang kes, koronologi dan dokumen yang berkaitan dan relevan dengan kes untuk tindakan selanjutnya.

14. Bolehkah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dinamakan sebagai pihak dalam mana-mana perjanjian?
PTJ tidak boleh dinamakan sebagai pihak dalam perjanjian. PTJ hendaklah meletakkan universiti sebagai pihak kepada perjanjian kerana kuasa untuk memasuki perjanjian adalah kuasa universiti sebagai suatu entiti dalam undang-undang.










uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim