Video UUMTube

TUGAS PENJAWAT UTAMA UNIVERSITI SUBURKAN NILAI KEMANUSIAAN

TUGAS PENJAWAT UTAMA UNIVERSITI SUBURKAN NILAI KEMANUSIAAN s UUM ONLINE: UUM ONLINE : Penjawat utama universiti diingatkan untuk menjalankan tugas mereka dengan menyuburkan nilai dan kemanusiaan sebagai fokus terhadap konsep menginsankan pendidikan di universiti ini.  





logo ukk
02 JANUARI 2019 / 25 RABIULAKHIR 1440H
=====================================

 

UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)  


TUGAS PENJAWAT UTAMA UNIVERSITI SUBURKAN NILAI KEMANUSIAAN

UUM ONLINE : Penjawat utama universiti diingatkan untuk menjalankan tugas mereka dengan menyuburkan nilai dan kemanusiaan sebagai fokus terhadap konsep menginsankan pendidikan di universiti ini.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, golongan tersebut harus memberikan perhatian terhadap konsep itu yang meletakkan nilai dan kemanusiaan sebagai nukleus pendidikan.

Menurutnya, menginsankan pendidikan harus dilihat sebagai kesatuan dari saat pelajar menjejakkan kaki ke kampus bergelar mahasiswa sehingga bergraduat dan menjadi alumni Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dengan kata lain, beliau berkata, nilai dan kemanusiaan itu perlu wujud dan terserlah dari halaman kampus iaitu bermula dengan Anjung Tamu, Bulatan Masa dan pintu utama UUM sehingga ke bahagian pentadbiran dan akademik, Inapan Siswa (Inasis), Varsity Mall dan begitu juga kampus UUMKL, Hotel EDC Kuala Lumpur dan tempat program serta aktiviti UUM diadakan.

"Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga amat terkesan dengan nilai sesebuah bangsa yang mana beliau menegaskan bahawa kemajuan dan kemunduran sesebuah negara bergantung kepada sistem nilai kehidupan yang dipegang penduduknya.

"Justeru, UUM bertanggungjawab untuk memastikan wujud dan zahir pegangan nilai positif dalam kalangan warga UUM dan penjawat utama universiti selaku suri teladan harus menerapkan nilai kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati serta menghidupkan kembali nilai sivik dan nilai Islam sebenar.

"Pensyarah pula harus menjadi suri teladan yang mempercayai dan mengamalkan nilai menghormati, di samping mewujudkan perasaan ini dalam kalangan pelajar, seterusnya menjadikan interaksi dengan pelajar sebagai serampang dua mata iaitu di samping berlakunya penerokaan dan pembinaan ilmu, turut berlaku proses pembentukan karakter supaya UUM menghasilkan graduan berinovasi dan kreatif," katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama UUM 2019 di EDC Hotels & Resorts, semalam.

Naib Canselor turut menekankan tentang infrastruktur di UUM, mewujudkan Smart Campus, penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada 2019, kehijauan kampus, suara mahasiswa, kolaborasi dengan industri atau pihak luar, autonomi dan akauntabiliti yang mana beliau mahu penjawat utama mempamerkan kepimpinan yang melayakkan autonomi dan akauntabiliti dikembalikan sepenuhnya kepada UUM serta tiada kompromi terhadap amalan gejala rasuah.

Selain itu, beliau juga menfokuskan kepada hasrat untuk menjadikan UUM sebagai Harvard University di timur, pengetahuan baharu selaras dengan pesanan Tun Dr. Mahathir dan juga turun padang bagi mencapai pelbagai kemajuan dan kejayaan sebagai instrumen untuk menganalisis persekitaran, proses kerja, kekuatan dan kelemahan bagi penambahbaikan, mempunyai hubungan secara langsung dengan staf dan pelajar, mewujudkan jawatankuasa proaktif dan dinamik yang memberi kesan terhadap pusat tanggungjawab masing-masing.

Pada majlis itu, Naib Canselor telah mengumumkan fasa penjenamaan semula dengan menumpukan kepada bidang tujahan yang mana Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) akan memainkan peranan besar dengan mengemudi U-CoE dan S-CoE menerusi program Mentoring CoE mengikut Bidang Tujahan Utama.

Katanya, pada masa kini terdapat lima U-CoE dan 23 S-CoE ditempatkan di bawah IPDM dan dengan peranan baharu itu diharap akan memantapkan lagi U-CoE dan S-CoE yang mana program tersebut akan diuruskan penjawat utama UUM dengan profesor.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama UUM 2019 menyaksikan 68 penjawat utama termasuk 14 pengetua Inasis menerima watikah pelantikan masing-masing yang disampaikan Naib Canselor, antara penerima ialah Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali; Pengarah IPDM, Prof. Dr. Zakaria Abas; Pengarah RIMC, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf dan Penasihat Undang-undang Universiti, Prof. Madya Dr. Zainal Amin Ayub serta Pengetua Inasis Petronas, Mohd Fairus Abd Majid.

 

 

 ===============================

DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 


 
 






UUM ONLINE: Kuala Lumpur, Aug 11 - Strategic collaboration between Universiti Utara Malaysia (UUM) through its School of International Studies (SoIS) and the Institute of Diplomacy & Foreign Relations (IDFR), a training institute under the Ministry of Foreign Affairs has allowed both organizations to leverage their knowledge and experience on international diplomacy and affairs.

 

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim