Video UUMTube

RAJA MUDA KEDAH RASMI PADANG GOLF 18 LUBANG UUM

Raja Muda Kedah Rasmi Padang Golf 18 Lubang UUM s UUM ONLINE: Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Golf 18 Lubang Baharu UUM, di Kelab Golf Royal UUM (KGRUUM), semalam.  





logo ukk
22 NOVEMBER 2018 / 14 RABIULAWAL 1440H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)  


Raja Muda Kedah Rasmi Padang Golf 18 Lubang UUM

UUM ONLINE : Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Golf 18 Lubang Baharu UUM, di Kelab Golf Royal UUM (KGRUUM), semalam.

Menurut Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani, majlis perasmian yang disempurnakan oleh Raja Muda Kedah merangkap Tuanku Pro-Canselor berlangsung pada sebelah pagi diikuti Kejohanan Golf Jemputan 2018.  

Mengimbas kembali sejarah pembinaan sembilan lubang padang golf UUM dirasmikan pada 31 Julai 1994 oleh Almarhum Al Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah.

“Bermula pada saat itu, UUM telah menjadi antara pilihan bagi peminat tegar sukan golf untuk mencuba dan merasai sendiri cabaran dan kesukaran bagi menguasai lapangan golf UUM ini.

“Pembinaan padang golf baharu juga merupakan satu bentuk pelaburan, dengan adanya padang golf bertaraf antarabangsa yang mempunyai 18 lubang akan menjadi satu tarikan baharu dan menarik tumpuan pemain golf seluruh Malaysia untuk datang bermain,” ucapnya pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Jemputan 2018.

Selain itu katanya, matlamat pembinaan padang golf baharu ini juga untuk meneruskan peranan UUM sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Golf.

“UUM telah berjaya mengetengahkan bakat pemain golf yang mewakili negara hingga ke peringkat antarabangsa dan berhasrat melahirkan lebih ramai pemain tersohor justeru, pembinaan ini diharap dapat merealisasikan hasrat tersebut,” ujarnya.

Pusat Kecemerlangan Sukan Golf yang diurus oleh Akademi Golf Nasional UUM merupakan satu-satunya akademi golf dalam kampus universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam Kejohanan Golf Jemputan 2018 yang berlangsung, Wafiyuddin Abdul Manaf muncul juara diikuti Muhammad Afif Muhammad Razif dan ketiga Dr. Muslimin Wallang dalam kategori terbuka.

Manakala kategori VVIP menyaksikan DYTM Raja Muda mengungguli carta, naib johan dirangkul oleh Yang Mulia Tengku Muzammil Tengku Makram dan Naib Canselor berada di tempat ketiga pada kejohanan yang turut disertai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron. 

 

 

 



===============================

DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 


 
 






UUM ONLINE: Kuala Lumpur, Aug 11 - Strategic collaboration between Universiti Utara Malaysia (UUM) through its School of International Studies (SoIS) and the Institute of Diplomacy & Foreign Relations (IDFR), a training institute under the Ministry of Foreign Affairs has allowed both organizations to leverage their knowledge and experience on international diplomacy and affairs.

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim