Video UUMTube

"TIDAK AKAN BERKOMPROMI ISU NILAI TERAS – ILMU BUDI BAKTI" : NAIB CANSELOR

Will Not Compromise On The Core Values  Knowledge Virtue Service-s UUM ONLINE: UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani mengulangi ketegasannya tidak akan berkrompomi dalam isu nilai teras 'Ilmu Budi Bakti" yang didokong UUM sejak mula penubuhannya.  





logo ukk
9 OKTOBER 2018 / 29 MUHARAM 1440H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)  


Will Not Compromise On The Core Values  Knowledge Virtue Service

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani mengulangi ketegasannya tidak akan berkrompomi dalam isu nilai teras 'Ilmu Budi Bakti" yang didokong UUM sejak mula penubuhannya.

Menurutnya, universiti tidak boleh melaksanakan sesuatu dasar kemudian beralih ke dasar lain selepas beberapa tahun.

"Kita semua sedia maklum, zaman berubah, teknologi berubah namun teras 'Ilmu Budi Bakti" yang dipegang UUM akan terus dipertahan khususnya dalam usaha untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka yang merupakan visi dan misi universiti ini," ujarnya pada sesi Santai VC UUM Bersama Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM).

Sesi itu dikendalikan Pengarah IPDM, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Sementara itu ketika mengulas isu ranking dan rating universiti, beliau berkata perkara itu akan terus diberi penekanan namun bukan keutamaan.

"Akhir-akhir ini kita terlalu taksub dengan ranking dan rating yang menyebabkan aspek-aspek "humanising" diketepikan. Kita harus lihat di mana peranan ranking dan rating secara menyeluruh seperti aspek praktikal dan aplikasi, bukan lihat dari satu perspektif sahaja.

"Misalnya, ada sebuah universiti di Jepun yang kedudukannya jauh di bawah UUM, namun dari segi aspek fizikal jauh di hadapan. Ini membuktikan bahawa ranking dan rating tidak secara mutlak menunjukkan kita atau pihak lain lebih baik.

"Kita tidak boleh samakan Malaysia dengan Amerika Syarikat, konteks dan stakeholder tidak sama. Kita perlu lihat konteks negara kita supaya boleh tahu arah hala tuju kita," tambahnya.

Katanya lagi apa yang lebih penting adalah menjenamakan semula UUM berdasarkan teras 'Ilmu Budi Bakti" dan mengembalikan UUM kepada matlamatnya iaitu untuk mendidik.

Selain itu, Naib Canselor turut berazam mengharmonikan semula suasana kerja UUM di mana beliau memberi ruang kepada semua stakeholder tidak mengira pangkat untuk berjumpa terus dengannya bagi mengutarakan pendapat dan sebagainya.




===============================

DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 


 
 






UUM ONLINE: Kuala Lumpur, Aug 11 - Strategic collaboration between Universiti Utara Malaysia (UUM) through its School of International Studies (SoIS) and the Institute of Diplomacy & Foreign Relations (IDFR), a training institute under the Ministry of Foreign Affairs has allowed both organizations to leverage their knowledge and experience on international diplomacy and affairs.

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim