Video UUMTube

Kerjasama UUM-Monash University Kukuhkan Persefahaman Dalam Menginsankan Pendidikan

KERJASAMA UUM-MONASH UNIVERSITY KUKUHKAN PERSEFAHAMAN DALAM MENGINSANKAN PENDIDIKAN s UUM ONLINE: Kerjasama yang terjalin antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Monash University Malaysia diyakini akan mengukuhkan persefahaman kedua pihak dari aspek kepentingan dan keperluan dalam menginsankan pendidikan.  





logo ukk
4 OKTOBER 2018 / 24 MUHARAM 1440H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)  


KERJASAMA UUM-MONASH UNIVERSITY KUKUHKAN PERSEFAHAMAN DALAM MENGINSANKAN PENDIDIKAN

UUM ONLINE:  Kerjasama yang terjalin antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Monash University Malaysia diyakini akan mengukuhkan persefahaman kedua pihak dari aspek kepentingan dan keperluan dalam menginsankan pendidikan.

Kolaborasi itu diteruskan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana UUM diwakili Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani dan Monash University Malaysia diwakili Presiden dan Ketua Eksekutif, Prof Andrew Walker di Balai Tamu, semalam.

Naib Canselor berkata, tujuan utama MoU ini adalah untuk mewujudkan perkongsian dinamik yang akan mempromosikan, mengembangkan dan memperkuatkan kerjasama akademik antara UUM dan Monash University.

Menurutnya, aspirasi itu akan membuka jalan dan manfaat kepada kedua-dua universiti dalam mengatasi isu-isu seperti permintaan ahli akademik dan penyelidik yang berpengalaman, khususnya dalam bidang pengurusan, perakaunan dan sistem maklumat.

"Akhir-akhir ini, sistem pendidikan kita tidak memenuhi keperluan masyarakat dan universiti lebih cenderung dinilai berdasarkan hasil akademik, sekali gus mewujudkan konflik antara kepentingan akademik dan juga masyarakat.

"Sehubungan itu, saya ingin menginsankan semula sistem pendidikan dan proses pembelajaran di universiti ini sebelum memikirkan untuk menggunakan pendidikan sebagai alat untuk humanisasi," katanya.

Naib Canselor berkata, menerusi MoU tersebut, UUM dan Monash University akan menjalinkan kerjasama dalam program mobiliti pelajar, pertukaran staf, kerjasama penyelidikan bersama dan penerbitan bersama.

Menurutnya lagi, dalam memastikan MoU itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, UUM menerusi Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) dan Monash University telah mengadakan siri perbincangan awal tentang kerjasama dalam bidang penyelidikan yang menfokuskan kepada pembangunan ekonomi negeri Kedah.

Sementara itu, Prof Andrew Walker berkata, kerjasama yang dimeterai dengan UUM adalah satu pengalaman berharga dalam usaha mengukuhkan lagi kemahiran penyelidikan dan kemahiran pendidikan yang dibangunkan bersama antara kedua universiti.

Katanya, beliau menantikan kerjasama yang lebih besar dan proaktif antara UUM dan Monash University sama ada dalam bidang akademik atau profesional.




===============================

DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 


 
 






UUM ONLINE: Kuala Lumpur, Aug 11 - Strategic collaboration between Universiti Utara Malaysia (UUM) through its School of International Studies (SoIS) and the Institute of Diplomacy & Foreign Relations (IDFR), a training institute under the Ministry of Foreign Affairs has allowed both organizations to leverage their knowledge and experience on international diplomacy and affairs.

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim