Video UUMTube

MALAM REFLEKSI KONTEMPORARI SENI SERLAH BAKAT MAHASISWA

MALAM REFLEKSI KONTEMPORARI SENI SERLAH BAKAT MAHASISWA s UUM ONLINE: Malam Refleksi Kontemporari Seni yang berlangsung sempena UUM Cultural Festival pada 24 September baru-baru ini dilihat berjaya menyerlahkan potensi dan bakat mahasiswa UUM khususnya dalam bidang kesenian dan kepimpinan.  





logo ukk
26 SEPTEMBER 2018 / 16 MUHARAM 1440H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)  


MALAM REFLEKSI KONTEMPORARI SENI SERLAH BAKAT MAHASISWA

UUM ONLINE: Malam Refleksi Kontemporari Seni yang berlangsung  sempena UUM Cultural Festival pada 24 September baru-baru ini dilihat berjaya menyerlahkan potensi dan bakat mahasiswa UUM khususnya dalam bidang kesenian dan kepimpinan.

Program anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu merupakan medium terbaik dalam membentuk kualiti diri dan sahsiah seseorang dari aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estestika dan etika.

Menurut Pengarah PBS, Huzaidy Hussain, berdasarkan penyelidikan dan juga pengalaman mendapati bahawa aktiviti yang berbentuk bukan akademik amat penting dalam mentransformasi potensi, kreativiti, bakat, inisiatif dan tanggungjawab sosial mahasiswa dengan memupuk dan membina pengetahuan yang berkaitan, kemahiran, sikap dan nilai.

Kata beliau, mahasiswa perlu bijak menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan maklumat dan menanam minat yang mendalam untuk menambah ilmu pengetahuan agar dapat menyesuaikan diri di dalam kampus, di luar kampus dan juga di tempat kerja serta di dalam masyarakat kelak.

Tambahnya lagi, semua orang boleh berjaya selagi adanya usaha dan kejayaan program ini bukan sahaja bertunjangkan kepada kekuatan pegawai pembimbing tetapi bergantung kepada komitmen dan jiwa mahasiswa yang mengukir kejayaan diingini.

"Apa yang jelas selepas mengadakan program seperti ini ialah peningkatan kesedaran warga kampus dalam kepimpinan program berbentuk kebudayaan dan kesenian.

"Saya harap kejayaan program ini akan menjadi perangsang kepada mahasiswa untuk terus maju berkecimpung dalam bidang budaya dan seni malah menjadi perangsang kepada rakan-rakan yang lain juga," katanya.

Program Malam Refleksi Kontemporari Seni dihiasi dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti persembahan Caklempong, Kombo Band UTAMA, Tarian Perpaduan, Kumpulan Gendang 24 Musim, Tarian India dan persembahan jemputan daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Arau, Perlis.

Turut hadir memeriahkan majlis Pro Canselor UUM, Tan Sri Dato’ Seri Amar DiRaja Osman Aroff dan Timbalan Dekan Pembanguan Pelajar dan Alumni, COLGIS Dr. Mohd Na’eim Ajis.




===============================

DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 


 








UUM ONLINE: Kuala Lumpur, Aug 11 - Strategic collaboration between Universiti Utara Malaysia (UUM) through its School of International Studies (SoIS) and the Institute of Diplomacy & Foreign Relations (IDFR), a training institute under the Ministry of Foreign Affairs has allowed both organizations to leverage their knowledge and experience on international diplomacy and affairs.

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim