Video UUMTube

DATUK NIZAM PANTAU PEMBANGUNAN SUKAN GOLF

Datuk Nizam Pantau Pembangunan Sukan Golf sUUM ONLINE:Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak menerima kunjungan hormat daripada Datuk Mohamed Nizam Tun Abdul Razak di Welcome Centre, pagi tadi. 





logo ukk

11 FEBRUARI 2018 / 25 JAMADILAWAL 1439H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY) 
 

Datuk Nizam Pantau Pembangunan Sukan Golf
UUM ONLINE:Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak menerima kunjungan hormat daripada Datuk Mohamed Nizam Tun Abdul Razak di Welcome Centre, pagi tadi.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Pengarah Akademi Golf Nasional UUM (UUMNGA), Prof. Madya Dr. Azman Yasin, wakil dari Yayasan Rakyat 1Malaysia, Mr. Shawn D. Thornberry dari Professional Golfers' Association of America (PGA of America).   

Dalam pertemuan singkat itu, Naib Canselor mengalu-alukan kunjungan tersebut dan meluangkan masa beramah mesra bersama delegasi selain menceritakan tentang UUM termasuk perkembangan golf di UUM.

Ujarnya, kunjungan itu bagi mendapatkan input bagi memantau pembangunan sukan golf di samping bertukar idea demi kemajuan sukan tersebut.   

Sementara itu, Pengarah AGN, Prof. Madya Dr. Azman Yasin berkata, pertemuan itu merupakan inisiatif AGN dengan kerjasama Yayasan Rakyat 1Malaysia di mana Perdana Menteri Malaysia sebagai pengerusi board of trustees.

“Kedatangan beliau ke sini untuk mendapatkan penjelasan mengenai peranan AGN dalam pembangunan golf di Universiti khasnya dan Malaysia amnya serta melihat blueprint semua organisasi golf di Malaysia serta memberi cadangan penyelarasan kepada Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya.

“Saya berharap, AGN akan menjadi hub untuk latihan dan pembangunan golf di peringkat nasional dari peringkat junior dan elit players di samping mendapat bantuan kewangan secukupnya dalam merealisasikan semua program,” katanya.

Datuk Mohamed Nizam turut meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar dan staf AGN di pejabat Akademi Golf Nasional.

Beliau juga tidak melepaskan peluang mencuba simulator golf, kemudahan yang menyediakan pengalaman bermain golf di ruang tertutup tanpa mengabaikan elemen penting sukan berkenaan.

Simulasi dengan skrin putih yang dipancarkan melalui projektor itu menawarkan padang golf bertaraf antarabangsa yang membolehkan pemain berlatih tidak mengira masa dan keadaan.

Dalam pada itu, delegasi berpeluang melawat UUM yang dikelilingi keindahan flora fauna dengan menaiki tram sejurus sebelum menjamu selera di Manager’s Coffee.




===============================

DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 











Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim