Video UUMTube

KERJASAMA STRATEGIK KE BENUA EROPAH

KERJASAMA STRATEGIK KE BENUA EROPAH sUUM ONLINE:Timbalan Rektor Technical University of Liberec (TUL), Republik Czech, Ass. Prof. Sona Jandova telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Balai Tamu, semalam.






logo ukk

5 DISEMBER 2017 / 16 RABIULAWAL 1439H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY) 
  
KERJASAMA STRATEGIK KE BENUA EROPAH
UUM ONLINE: Timbalan Rektor Technical University of Liberec (TUL), Republik Czech, Ass. Prof. Sona Jandova telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Balai Tamu, semalam.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Jabatan TUL, Assoc. Prof. Iva Petrikova dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi dalam usaha mengembangkan lagi kerjasama di peringkat antarabangsa.

Pertemuan anjuran CIAC di bawah Persatuan ASEA-UNINET (Asean European University Network) itu membuka peluang untuk menjalankan program pendidikan berterusan di benua Eropah.

Dalam mengembangkan lagi kerjasama di peringkat Antarabangsa, usaha ini dilihat bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sebagai rakan kongsi strategik dalam meningkatkan peluang serta potensi pembangunan pendidikan dengan pelbagai aktiviti.

Pelbagai bidang kerjasama yang dibincangkan antaranya projek penyelidikan, pertukaran idea, mobiliti pelajar, projek penyelidikan dan ijazah berkembar.


===============================

DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 





Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim