Video UUMTube

UUM DALAM KALANGAN 1% UNIVERSITI TERBAIK ASIA

uum dalam kalangan smallUUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengukuhkan kedudukan di rantau Asia apabila disenaraikan di kedudukan ke-131 dalam QS Asia University Rankings (QS Asia) 2018 yang diterbitkan pada 16 Oktober 2017. 






logo ukk

17 OCTOBER 2017 / 26 MUHARAM 1439H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


uum dalam kalangan 

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengukuhkan kedudukan di rantau Asia apabila disenaraikan di kedudukan ke-131 dalam QS Asia University Rankings (QS Asia) 2018 yang diterbitkan pada 16 Oktober 2017.

Keputusan yang dikeluarkan oleh QS ini menyaksikan UUM melonjak 168 anak tangga sejak kali pertama disenaraikan dalam QS Asia pada tahun 2011.

Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata kedudukan terbaru itu meletakkan UUM dalam kalangan 1% universiti terbaik di Asia daripada 11,900 universiti.

QS Asia 2018 menggunakan sepuluh petunjuk dalam menilai sesebuah universiti iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, kakitangan dengan PhD, kertas kerja per fakulti, fakulti antarabangsa, pelajar antarabangsa, pelajar pertukaran masuk, pelajar pertukaran keluar dan sitasi untuk setiap kertas kerja.



===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB) 


 

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim