Video UUMTube

UUM JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITY OF SARAJEVO (UNSA), BOSNIA-HERZEGOVINA

UUM Jalin Kerjasama Dengan University Of Sarajevo smallUUM ONLINE: Bosnia-Herzegovina - Dalam usaha memperkasakan agenda pengantarabangsaan dan penarafan, UUM telah menjalinkan kerjasama dengan University of Sarajevo (UNSA) dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua universiti tersebut.







logo ukk

8 OGOS 2017 / 15 ZULKAEDAH 1438H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

UUM Jalin Kerjasama Dengan University Of Sarajevo
UUM ONLINE: Bosnia-Herzegovina - Dalam usaha memperkasakan agenda pengantarabangsaan dan penarafan, UUM telah menjalinkan kerjasama dengan University of Sarajevo (UNSA) dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua universiti tersebut.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Rektor UNSA, Prof Dr. Rifat Skrijelj pada 17 May lalu.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Duta Malaysia ke Bosnia-Herzegovina, Tuan Yang Terutama Datuk Anuar Kasman, Penolong Naib Canselor UUM-COB, Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Prof Dr Kemal Kozaric, Dekan School of Economics and Business (SEBS).

UNSA merupakan sebuah universiti yang terbesar dan tertua di Bosnia Herzegovina serta telah memperolehi AACSB (Association to Advance Collegiate School of Business) pada tahun 2015, menjadikan ia setara dengan UUM dari segi pendidikan dalam bidang perniagaan. Kerjasama ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan akreditasi UUM dan UNSA.

Antara aktiviti yang bakal diadakan yang memberi manfaat kepada pelajar dan staf akademik khususnya dan universiti amnya adalah program pengajian dan latihan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah, usahasama dalam projek penyelidikan, program mobiliti, praktikum, pertukaran pensyarah dan lain-lain projek khas yang dipersetujui bersama.

Salah satu pengisian kerjasama ini adalah penganjuran bersama The 5th International Conference on Banking and Finance pada 17 – 19 May 2017 di Sarajevo.

===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)





Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim