Video UUMTube

NAIB CANSELOR TINJAU PROJEK PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN KAMPUS

Naib Canselor Tinjau Projek Pembangunan Dan Pengindahan Kampus smallUUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah membuat tinjauan ke beberapa lokasi projek pembangunan di sekitar UUM, Khamis lalu.


logo ukk

30 JULAI  2017 / 06 ZULKAEDAH 1438H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Naib Canselor Tinjau Projek Pembangunan Dan Pengindahan Kampus
UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah membuat tinjauan ke beberapa lokasi projek pembangunan di sekitar UUM, Khamis lalu.

Antara lokasi yang dilawati adalah tapak projek pembangunan restoran ikan bakar dan projek edutorism mini zoo.

Naib Canselor berkata, kelak apabila projek pembangunan restoran ikan bakar itu siap, ia akan menjadi satu lagi daya tarikan terbaharu di UUM yang mana secara tidak langsung membantu menjana pendapatan universiti, seterusnya bertindak sebagai hab pelancongan negeri Kedah.

Tambah beliau, restoran itu bakal menawarkan pelbagai kemudahan antaranya bilik mesyuarat, aktiviti untuk program akademik dan kelas kokurikulum, selain aktiviti santai dan riadah.

"Restoran ikan bakar ini akan dibuka kepada semua pengunjung yang ingin menjamu selera sambil menikmati keindahan panorama kampus ini.

"Manakala projek edutorism mini zoo pula akan mendapat sejumlah fauna yang baharu yang mana projek ini sememangnya akan menjadi sumber tarikan kepada pengunjung," katanya.

Menurut Naib Canselor lagi, dengan kewujudan pelbagai spesis fauna seperti itik, angsa, burung merak dan ayam mutiara di mini zoo ini, ia akan membentuk satu ekosistem habitat baharu di lembah Sintok.

Pada petang itu, beliau turut berkesempatan meninjau aktiviti mengindahkan kampus khususnya di kawasan sekitar pintu masuk UUM dengan penanaman pelbagai flora berwarna warni bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Naib Canselor berkata, pengindahan kampus itu juga adalah sebahagian langkah persediaan UUM yang menjadi tuan rumah Majlis Pentauliahan Kor SISPA IPTA pada 6 Ogos dan Majlis Pentauliahan Kor SUKSIS IPTA pada 20 Ogos depan.

Selain itu katanya, ia juga adalah bagi menyambut ketibaan pelajar baharu yang akan mula mendaftar pada 5 September nanti.

Sesi taklimat projek pembangunan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah JPP, Ir Md Uzairin Saidin dan disertai  Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah dan pegawai kanan JPP.

===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)



 

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim