Video UUMTube

NAIB CANSELOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH IMIGRESEN

 

logo ukk

11 JUN 2017 / 16 RAMADAN 1438H
=============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
       (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

 NAIB CANSELOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH IMIGRESEN

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Sri Mustafar Ali di Balai Tamu, Canselori pagi ini.

Kunjungan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada UUM yang akan menjadi tuan rumah Konvensyen Imigresen 2017 dan Sukan Imigresen 2017 (SUKIM 2017) pada 27 hingga 30 Julai depan.

Kunjungan tersebut juga bertujuan membincangkan kerjasama strategik yang dapat dijalankan bersama UUM bagi penganjuran program berkenaan.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim, pegawai-pegawai kanan UUM dan Jabatan Imigresen Malaysia.

 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL:
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim