Video UUMTube

500 MAHASISWA UUM BERGELAR SUKARELAWAN KEBAJIKAN JKM

 

logo ukk

26 APRIL 2017 / 29 REJAB 1438H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

500-MAHASISWA-UUM-BERGELAR-SUKARELAWAN-KEBAJIKAN-JKM

UUM ONLINE: 500 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Program Kesukarelawanan Mahasiswa UUM ke Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (Volunteers to Institution [V2i] 2017 yang dilancarkan hari ini.

Program V2i merupakan inisiatif baharu JKM bertujuan meningkatkan kesejahteraan kumpulan sasar JKM di institusi melalui aktiviti kesukarelawanan dan meningkatkan kerjasama pintar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

Perasmian program V2i 2017 disempurnakan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di Taman Sinar Harapan, Jitra pagi tadi.

Beliau dalam ucapannya berkata program V2i ini merupakan wadah untuk menggalakkan penyertaan mahasiswa dalam program kesukarelaan meliputi aspek pemulihan, perlindungan, pembangunan dan pengintergrasian klien di institusi JKM.

"Bagi menyahut seruan dan pelaksanaan program V2i ini, lebih daripada 500 orang mahasiswa telah mendaftar sebagai sukarelawan JKM dan UUM mensasarkan peningkatan sehingga 3000 mahasiswa dalam tempoh dua tahun untuk menjadi sukarelawan serta dapat memberikan khidmat sukarela di institusi JKM terutamanya di Zon Utara," ujarnya.

Tambahnya program V2i ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan program "gap year" yang diperkenalkan KPT, yang memberi peluang pelajar menangguhkan sementara pengajian mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan dan kesukarelawan.

Sementara itu Ketua Pengarah JKM,   Dato’ Haji Zulkiply Ramli berkata JKM sentiasa menggalakkan penyertaan mahasiswa universiti dalam program kesukarelawanan  meliputi pelbagai aspek di institusi JKM.

"Saya yakin program seumpama ini mampu menyemarakkan budaya penyayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan memupuk semangat bantu membantu dalam kalangan mahasiswa universiti, seterusnya melatih mahasiswa untuk berinteraksi dengan masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi program V2i ini secara langsung memberi pendedahan kepada pengetahuan dan pengalaman pelajar UUM secara umumnya dan

Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) khususnya, di mana ia boleh menjadi medan kepada pelajar Pengurusan Kerja Sosial dan Pengurusan Kaunseling mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah ke lapangan dan kumpulan sasaran JKM (warga emas, kanak-kanak, OKU dan lain-lain).

Selaras dengan perasmiannya pagi tadi juga, wakil sukarelawan UUM turut menyerahkan borang sebagai sukarelawan kebajikan JKM kepada Dato’ Haji Zulkiply Ramli.

Dalam pada itu, Naib Canselor diiringi Ketua Pengarah JKM dan pegawai-pegawai JKM turut dibawa melihat aktiviti sukarela yang dijalankan mahasiswa-mahasiswa UUM di Taman Sinar Harapan.

Hadir sama Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Mohd Nor Chik; Penolong Naib Canselor UUM COB,  Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim; Dekan SAPSP, Prof Madya Dr Noor Azniza Ishak, Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri JKM, para pensyarah dan pegawai-pegawai UUM.

 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim