Video UUMTube

NAIB CANSELOR PENGERUSI MESYUARAT ANTARA MPM DENGAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI

 

logo ukk

31 MAC 2017 / 3 REJAB 1438H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

NAIB-CANSELOR-PENGERUSI-MESYUARAT-ANTARA-MPM-DENGAN-PENGARAH-PENDIDIKAN-NEGERI

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak hari ini mempengerusikan mesyuarat Antara Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Dengan Pengarah Pendidikan Negeri di EDC Hotels and Resorts.

Mesyuarat yang julung kalinya diadakan itu dihadiri Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri, pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membincangkan isu-isu berkaitan Tingkatan 6 dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Naib Canselor yang juga Pengerusi MPM berkata mesyuarat tersebut merupakan kali pertama diadakan sejak MPM ditubuhkan pada 1980.

"Banyak perubahan yang berlaku dalam standard dan kaedah peperiksaan STPM justeru ada beberapa perkara yang MPM perlu jelaskan secara langsung kepada Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri bagi memberi maklumat terkini berkenaan isu-isu Tingkatan 6 dan STPM agar langkah, perancangan dan tindakan yang sewajarnya dapat diambil untuk memastikan proses pembelajaran Tingkatan 6 dan STPM di sekolah dapat berjalan lancar," ujarnya.

Antara isu yang dibincangkan MPM dalam mesyuarat ini ialah peperiksaan Malaysian University English Test (MUET), pelaksanaan peperiksaan percubaan atas talian yang boleh diambil pelajar sebagai latihan bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dan kemasukan ke universiti.

Hadir sama Ketua Eksekutif MPM, Mohd Fauzi Mohd Kassim; Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Norazman Abdul Rahman; Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar, UPU, Mazula Sabudin; Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi) Lembaga Peperiksaan Malaysia, Hajah Johara Abdul Wahab; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik Tingkatan Enam, Dr. Rodiah Idris; Ketua-ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia dan pegawai-pegawai kanan dari MPM, KPM, JPN dan UUM.

 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL:
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim