Video UUMTube

UUM TERIMA PERAKUAN STATUS SWAAKREDITASI MQA

 

logo ukk

20 MAC 2017 / 21 JAMADILAKHIR 1438H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

UUM-TERIMA-PERAKUAN-STATUS-SWAAKREDITASI-MQA

UUM ONLINE: Putrajaya - Kejayaan Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Perakuan Status Swaakreditasi daripada Agensi kelayakan Malaysia (MQA) terus menjadi pemangkin kepada universiti untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan negara dan merealisasikan misi menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

UUM yang diwakili Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menerima sijil perakuan tersebut yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh pada Majlis Penganugerahan Status Swaakreditasi MQA di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, pagi tadi.

Perakuan status Swaakreditasi itu melayakkan universiti mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa perlu mendapatkan kelulusan MQA dan KPT (hanya perlu dimaklumkan sahaja).

UUM menerima perakuan tersebut selepas menjalani audit Swaakreditasi pada November 2015 dan pencapaian itu memberi kelebihan kepada UUM dalam meningkatkan kualiti dan memantapkan program akademik dan penyelidikan dalam mempromosikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka di mata dunia.

Pada majlis itu, tujuh lagi Universiti Awam dan Swasta turut menerima sijil perakuan tersebut iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM),  International Medical University (IMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Selain itu, lapan (8) universiti sedia ada yang masih mengekalkan status Swaakreditasi ini adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, The University of Nottingham, Monash University, Curtin University dan Swinburne University of Technology.

YB Menteri Pendidikan Tinggi merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan universiti baharu yang berjaya mendapat status Swaakreditasi itu termasuk universiti yang berjaya mengekalkan status Swaakreditasi dan berharap perakuan status tersebut dapat menjadi pemangkin kepada universiti untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL:
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim