Video UUMTube

NAIB CANSELOR RAI TETAMU DARI MPM

 

logo ukk

19 MAC 2017 / 20 JAMADILAKHIR 1438H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

NAIB-CANSELOR-RAI-TETAMU-DARI-MPM

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak yang juga Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah meraikan tetamu dari MPM dalam satu majlis makan malam di Darulaman Golf and Country Club (DGCC), Jitra malam tadi.

Kunjungan delegasi MPM itu adalah sempena lawatan kerja mereka ke Pejabat Pendidikan Negeri Kedah dan Pulau Pinang, selain meninjau operasi perkhidmatan kawalan pengendalian peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Naib Canselor berkata, aktiviti turun padang oleh warga MPM itu perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi mendengar dan melihat sendiri sebarang permasalahan yang berlaku di peringkat akar umbi.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MPM, Mohd Fauzi Dato' Mohd Kassim; Penasihat Undang-undang MPM, Dr Zainal Amin Ayob dan pegawai MPM.

 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL:
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim