Video UUMTube

NAIB CANSELOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITAS BAKRIE, INDONESIA

 

logo ukk

14 MAC 2017 / 15 JAMADILAKHIR 1438H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

NAIB-CANSELOR-TERIMA-KUNJUNGAN-HORMAT-UNIVERSITAS-BAKRIE-INDONESIA

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak menerima kunjungan hormat daripada Universitas Bakrie, Jakarta yang diketuai Rektornya, Prof Ir Sofia W. Alisjahbana di Balai Tamu, pagi tadi.

Kunjungan tersebut adalah sempena lawatan Universitas Bakrie ke UUM bagi meninjau kemudahan yang disediakan pihak universiti kepada pelajar, selain bagi tujuan akademik.

Wakil Universitas Bakrie itu juga dibawa ke Anjung Tamu, U-Assist, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, ladang rusa, Pusat Sukan dan Inapan Siswa (INASIS) serta lawatan ke Varsity Mall.

Kunjungan tersebut turut disertai Ketua Jabatan Pengajian Komunikasi, Universitas Bakrie, Suharyanti.

Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Prof Madya Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani dan pegawai-pegawai UUM.

 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL:
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim