Video UUMTube

UUM-ENSSEA METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

 

logo ukk

13 FEBRUARI 2017 / 16 JAMADILAWAL 1438H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

UUM-ENSSEA-METERAI-MEMORANDUM-PERSEFAHAMAN

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha untuk meningkatkan lagi aktiviti pengantarabangsaan terus melebarkan sayap di benua Afrika.

Dalam lawatan kerja Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak ke negara Algeria, beliau yang mewakili UUM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan National Higher School of Statistics and Applied Economy (ENSSEA), semalam.

ENSSEA telah diwakili oleh Presidennya, Prof. Zakane Ahmed dan majlis menandatangani MoU itu disaksikan wakil Duta Besar Malaysia Ke Algeria, Mohd Idham Ahmat Zamri.

ENSSEA yang mempunyai kekuatan dalam bidang Actuarial Science, merupakan antara lima buah Sekolah Siswazah yang terbesar di Algeria yang telah melahirkan kira-kira 60 peratus pegawai-pegawai Ekonomi dan Kewangan serta Statistik yang berkhidmat di Kementerian Kewangan Algeria.

Dengan terjalinnya MoU ini, pelbagai kerjasama dapat dilaksanakan khususnya dalam bidang kewangan Islam dan statistik yang akan memberi memanfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Naib Canselor dan delegasi UUM juga bertemu dengan Duta Besar Malaysia Ke Algeria, Mohd Tarid Sufian yang mengiringi beliau pulang ke lapangan terbang selepas majlis itu berlangsung.

 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL:
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim