Video UUMTube

UUM Unggul

logo ukk

20 MAC 2012 / 27 RABIULAKHIR 1433H
================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Muhammad Mustakim Ramli
Gambar oleh: Hairul Nizam Zahari

UUM Unggul

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) ternyata unggul apabila menjuarai kesemua kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan Golf Institut Pengajian Tinggi (IPT) Piala KSU-KPT Ke-2 2012 yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, pada 16 hingga 18 Mac yang lalu.

Juara Kategori Berpasukan Lelaki milik UUM apabila Muhammad Wafiyuddin Abdul Manaf dan Amirul Aizat Abdul Bahar dengan 602 pukulan berjaya mengatasi pemenang tempat kedua yang mengumpul 626 pukulan dari UUM iaitu Ahmad Khairul Hafiz dan Muhammad Al-Azim, dan tempat ketiga dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahmad Farhan Sharif dan Ahmad Minor dengan 655 pukulan.

Sementara itu, untuk kategori Berpasukan Wanita, UUM muncul juara melalui pasangan Hillferah Tan dan Nur Dinayah Damian yang mengumpul 652 pukulan mengatasi pemenang tempat kedua yang juga dari UUM iaitu Nur Dahiyah Damian dan Nur Syahiratul Nisaa dengan 716 pukulan. Universiti Teknologi Mara (UiTM), menerusi pasangan Majidah Nazurah dan Nurnabilah Rusli ditempat ketiga dengan 783 pukulan.

Kategori Individu Lelaki, Muhammad Wafiyuddin sekali lagi membantu UUM untuk mucul juara dengan 373 pukulan mengatasi Ahmad Fadali Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melakukan 381 pukulan. Amirul Aizat yang melakukan 382 pukulan pula di tempat ketiga.

Hillferah juga tidak menghampakan UUM apabila menjuarai kategori Individu Wanita dengan 395 pukulan di depan Khairunhanisah Azlan Hanif dari UIAM yang mencatat 405 pukulan dan Nur Diyanah di tempat ketiga 417 pukulan.


============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA,
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
E-MEL:

footer ci uum

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim