Video UUMTube

TAZKIRAH MINGGU INI (T.M.I.): Apabila Sifat Amanah diangkat

logo_ukk



Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

PUSAT ISLAM ONLINE:

Tazkirah minggu ini untuk renungan bersama



Apabila Sifat Amanah diangkat

Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.” Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.”   

(Hadith riwayat al-Bukhari).



Pengajaran Hadith :



  1. Perkataan amanah dalam bahasa Arab mempunyai akar kata yang sama dengan iman dan aman. Perkataan Mukmin bererti orang yang beriman iaitu yang mendatangkan keamanan, juga yang memberi dan menerima amanah. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat amanah seumpama tiada iman dalam dirinya.
  2. Islam meletakkan pra syarat yang utama iaitu sifat amanah yang mesti dimiliki oleh seseorang sebelum dia dilantik menerajui pengurusan agama, pemerintahan, penghakiman, pengfatwaan dan seumpamanya.
  3. Jika seseorang yang dilantik itu tidak memiliki sifat amanah maka akan berlaku kerosakan di muka bumi dan tunggulah saat dunia ini akan binasa dan lenyap selamanya.
Wallahua’lam



Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.




================================
PUSAT ISLAM UUM,
KOMPLEKS PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
06010 UUM SINTOK, KEDAH
Tel: 04-9282560/2569
Fax : 04-9282561

Website : 

Email : p.islam@uum.edu.my

Facebook : Pusat Islam UUM


footer ci uum

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim