Video UUMTube

TAZKIRAH MINGGU INI (T.M.I.): MARAH YANG DICELA

logo_ukk



23 Oktober 2017/ 3 Safar 1439H

================================ 



"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


asalamualaikum  

Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

PUSAT ISLAM ONLINE:

Tazkirah minggu ini untuk renungan bersama:



Marah Yang Dicela



Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki berkata Nabi SAW, “Berilah pesanan kepadaku”, lalu Nabi SAW menjawab, “Janganlah engkau menjadi seorang pemarah”, orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi SAW menjawab, “Pada setiap kalinya, janganlah engkau menjadi seorang pemarah.”  (Hadith Riwayat al-Bukhari)



Huraian Hadith:



  1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang alim untuk membentuk peribadinya. Marah yang dicela ialah marah yang bukan kerana Allah. Adapun marah kerana Allah disebabkan oleh pelanggaran hukum-hukum Allah maka marah itu adalah dituntut dan diwajibkan.


  1. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa- ke semasa supaya meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.


  1. Marah pada sesuatu perkara yang tidak diperintah oleh syara’ seperti marah kerana orang tidak menolongnya atau marah kerana orang tidak   memuliakannya adalah sebahagian daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
Wallahua’lam



Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.




================================
PUSAT ISLAM UUM,
KOMPLEKS PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
06010 UUM SINTOK, KEDAH
Tel: 04-9282560/2569
Fax : 04-9282561

Website : 

Email : p.islam@uum.edu.my

Facebook : Pusat Islam UUM


footer ci uum

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim