Video UUMTube

TAZKIRAH MINGGU INI (T.M.I.): MENGQADA PUASA WAJIB

logo_ukk

15 Mei 2017/ 18 Sya’ban 1438H
==============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
              (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)



UUM ONLINE : SUKACITA dikemukakan Tazkirah Minggu Ini (T.M.I) oleh Pusat Islam untuk renungan bersama:

Mengqada Puasa Wajib

Daripada Aisyah RA, ia berkata: “Adalah aku mempunyai tanggungan puasa Ramadan, aku tidak dapat membayarnya kecuali pada bulan Syaaban, kerana kesibukan daripada Rasulullah SAW atau kesibukan bersama Rasulullah SAW.”
(Riwayat Muslim)


Huraian Hadith : 

  1. Allah tidak membezakan penilaian terhadap kuantiti ibadah yang dikerjakan oleh hamba-Nya sama ada lelaki mahupun wanita.

  2. Kaum wanita secara tabii’nya pasti terdapat kekurangan dalam ibadahnya dibandingi laki-laki. Hal ini disebabkan mereka mungkin tidak dapat berpuasa beberapa hari di bulan Ramadan dan tidak dapat mengerjakan solat disebabkan haid, begitu juga dengan beberapa ibadah lain yang dibenarkan oleh syarak. Kurang dan lebih ini hanyalah berlaku dalam penilaian kuantiti, bukan kualiti. Oleh itu bagi setiap wanita yang suci dan sihat tanpa sebarang keuzuran di sisi syarak hendaklah menggunakan peluang tersebut untuk mengerjakan amal ibadat dengan sebaik mungkin serta menggantikan puasa yang ditinggalkan itu mengikut ketetapan dan peraturan yang ditetapkan oleh syarak.

Wallahua’lam


Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.



================================
PUSAT ISLAM UUM,
KOMPLEKS PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
06010 UUM SINTOK, KEDAH
Tel: 04-9282560/2569
Fax : 04-9282561

Website : http://www.pusatislam.uum.edu.my/

Email : p.islam@uum.edu.my

Facebook : Pusat Islam UUM


footer ci uum

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim