Video UUMTube

TAZKIRAH MINGGU INI (T.M.I.): KEIKHLASAN DALAM MENUNTUT ILMU

logo_ukk

23 Februari 2016 / 14 Jamadilawal 1437H
==============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
              (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)



UUM ONLINE : SUKACITA dikemukakan Tazkirah Minggu Ini (T.M.I) oleh Pusat Islam untuk renungan bersama:

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak”.
(Riwayat Abu Daud)


Huraian : 

  1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah S.W.T kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.

  2. Islam menuntut keikhlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Setiap ilmu yang dituntut hendaklah tidak terkeluar daripada landasan syariat. Ilmu itu mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau darjat dan sebagainya.

  3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah S.W.T bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.


Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.



================================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK : Universiti Utara Malaysia (Official FB)
footer ci uum

Capaian Pantas

audio video
penerbitan
QR-code
online statistik

uum mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim

sirim