Berita oleh: Abdul Jalil bin Mat Isa @ Halim
Gambar oleh: Abdul Jalil bin Mat Isa @ Halim
BENGKEL DAFTAR RISIKO JABATAN CANSELORI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KENALPASTI SEPULUH (10) RISIKO UTAMA
Ahad, 21 April 2024, satu bengkel daftar risiko telah diadakan oleh Jabatan Canselori, Universiti Utara Malaysia (UUM). Bengkel yang diadakan di Bilik Mesyuarat Canselori ini dihadiri oleh wakil dari setiap unit iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Risiko, Unit Audit Dalam, Unit Integriti, dan Bahagian Perancangan dan Prestasi Korporat. Objektif utama bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti risiko yang berkemungkinan wujud dan seterusnya mencari kaedah-kaedah untuk menangani atau mengurangkan risiko berkenaan.
En. Shahrul Nizam bin Ahmad , Pengarah Unit Risiko Universiti Utara Malaysia mewakili Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Canselori dalam aluannya menyatakan kepentingan pengurusan risiko yang berkesan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin selain kelancaran operasi Jabatan untuk mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Semasa bengkel berkenaan, sembilan (10) daftar risiko utama telah dikenalpasti dan hasil dari penemuan berikut, beberapa cadangan penyelesaian telah diusulkan untuk menangani dan mengurangkan risiko-risiko yang dikenal pasti. Antara yang dicadangkan adalah seperti di bawah:
- Promosi Tabung Bencana : Merancang promosi secara berkala bagi membolehkan hasil sumbangan meningkat.
- Ruang Fail Tambahan: Menyediakan ruang penyimpanan fail tambahan untuk memastikan keselamatan dokumen yang disimpan
- Perkhidmatan Kawalan Haiwan Perosak: Mendapatkan perkhidmatan kawalan untuk mengatasi masalah haiwan perosak.
- Perolehan Perabot Baharu: Menggantikan perabot yang usang dengan yang baharu.
- Bebanan Tugas/Pemindahan/Pertukaran Staf: Mengkaji semula bebanan tugas dan melaksanakan pemindahan atau pertukaran staf untuk menangani isu kesihatan mental.
- Penambahbaikan SOP: Menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) untuk meningkatkan efisiensi dan ketelusan.
Kesimpulannya adalah, Bengkel Daftar Risiko ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengenal pasti risiko-risiko penting dan dengan langkah-langkah penyelesaian yang dicadangkan, diharapkan impak risiko ini dapat diatasi dengan berkesan disamping dapat memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan berdaya maju.